Selepas mendapat SATU daripada Lencana Wajib ( Ahli Renang ata Ahli Penunggang Basikal), PKK harus memilih dan menjalankan DUA daripada ENAM Lencana Kegemaran yang ditawarkan. Lencana Kegemaran adalah:
|
Ahli Koleksi Hobi |
Memungut, dan mengumpul benda-benda sebagai hobi dan menyimpan dengna kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya.
Contoh hobi yang boleh dijalankan (cadangan):
- Mengumpul Setem
- Mengambil gambar berbagai tumbuhan, bunga, haiwan, sejarah, sukan, pembangunan, buah-buahan dan lain-lain.
- Mengumpul sampul surat keluaran khas
- Mengumpul pelbagai daun dan bunga yang sudah dikeringkan
- Mengumpul pelbagai jenis batu batan
- Mengumpul pelbagai bentuk botol dan penutup botol
- Menyimpan pelbagai mata wang asing samada kertas atau syiling
- Mengumpul kotak mancis pelbagai logo
- Mengumpul rantai kunci (keychain)
- Mengumpul lencana-lencana Pengakap seperti lencana jambori, korobori dan sebagainya
|
Ahli Kraftangan |
|
Contoh aktiviti kraftangan yang boleh dijalankan (cadangan):
- Membuat asas anyaman tradisional
- Membuat Wogel daripada pelbagai bahan (ukiran kayu, ruas buluh, tali dan yang bersesuaian)
- Membuat penanda buku (seperti daripada kulit terbuang atau daun)
- Membuat perkakas yang berguna daripada rotan, buluh, tempurung dan lain-lain
- Membuat origami
- Membuat topeng (topeng watak-watak cerita hutan)
|
Peladang Kecil |
|
- Menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas
- Menyediakan batas untuk sayuran dan membaja semasa penyediaan batas
- Menjaga tanaman sayuran / keratan batang / raizom di batas dan membaja
- Membuat junjung bagi pokok sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang
- Menjaga pokok buah-buahan dan mengetahui serba sedikit tentang baja dan racun
- Menanam pokok-pokok ubi seperti keledek
- Memelihara 10 ekor anak ayam
- Mendengar ceramah daripada pegawai pertanian berkenaan isu-isu pertanian.
|
Pelukis |
- Melukis dengan apa-apa bahan lukis SATU watak dari buku "Cerita Hutan" karangan Rudyard Kipling.
- Melukis pelangi dan menamakan warnanya.
- Mengetahui warna Perdana, warna Sekunder dan Roda Warna.
- Mengadun untuk mendapatkan pelbagai warna.
- Melukis satu gambaran peristiwa atau satu watak dalam sebuah cerpen yang dibacakan pemimpin.
- Membuat kad ucap selamat untuk salah satu perayaan di Malaysia.
- Membuat kolaj.
|
Pembaca Buku |
- Menyedia daftar lapan buah buku yang dibaca.
- Boleh membaca menepati tanda baca dan tekanan suara yang betul.
- Membuat kritikan atas isi petikan yang dibaca dan membuat telahan.
- Menterjemah petikan penting dan meringkaskannya.
- Menghurai petikan, peribahasa dan kata-kata.
- Membuat penilaian bertulis mengenai buku sastera kanak-kanak.
- Boleh menggunakan kamus dan ensaiklopedia.
- Menjadi perpustakawan sekolah/tempatan.
|
Penghibur |
- Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik dari enam jenis muzik (Lagu Asli/Lagu Patriotik/Lagu Asli/Lagu Tradisi Masyarakat/Lagu Tarian Asli atau Joget Malaysia/Lagu Pengakap/Lagu Kanak-kanak)
- Boleh menyanyi dua buah lagu dengan iringan muzik, sebuah lagu Patriotik dan satu lagi lagu Pengakap.
- Mengajar dua buah lagu dan dua buah tarian untuk Malam Pengakap Kanak-kanak.
- Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional.
- Tahu menggunakan alat perakam.
- Boleh memainkan dua jenis alat muzik