Pada 16 Febuari 2014, WC48 telah mengadakan Ekspedisi Berbasikal bagi ahlinya seramai 72 orang yang berusia 9 dan 10 tahun. Ekspedisi ini dijalankan bagi melayakkan ahli Pengakap ini menerima lencana wajib penunggang basikal bagi Pengakap kanak-kanak. Ekspedisi ini bermula jam 12.30 tengahari dari SK Sri Pulai Perdana menuju Pusat Ekuin UTM sejauh 20km pergi dan balik. Tahniah diucapka kepada semua peserta yang berjaya mengharungi panas dan hujan, bukit dan bukau sepanjang ekspedisi ini berlangsung. Peserta sampai semula ke SK Sri Pulai Perdana kira-kira jam 6.15 petang. Pihak pengurusan WC48 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Pihak Polis Diraja Malaysia dan Unit Trafik UTM yang sudi mengiringi ekspedisi ini dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada warga SK Sri Pulai Perdana terutamanya ibu bapa peserta yang sudi menghulurkan bantuan sebelum, semasa dan selepas ekspedisi ini berlangsung. SALAM PENGAKAP !!!
|
Taklimat keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia sambil diperhati tuan guru besar |
|
Penerangan tentang topeng muka oleh wakil Kelana "A" Kulaijaya |
|
Pemeriksaan basikal |
|
Ibu bapa yang memberi semangat kepada ahli WC48 |
|
Pelepasan oleh En. Jaafar Bin Warmat, GB SKSPP |
|
Fokus tu... |
|
Ahli wanita juga turut serta dalam ekspedisi ini |
|
Penat? Ambil gambar dulu... |
|
Pihak JPAM memberi rawatan kecemasan bila diperlukan |
|
Peserta sentiasa diingatkan tentang keselamatan |
|
Ceramah yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Pusat Ekuin |
|
Walaupun penat tapi masih mampu tersenyum :) |
|
Menimba ilmu berkaitan kuda |
|
Penerangan tentang makanan dan kesihatan kuda |
|
Melawat kandang kuda |
|
Memberanikan diri menyentuh kuda |
|
Gosok jangan tak gosok |
|
Menyaksikan "persembahan" kuda |
|
Macam tau je nak ambil gambar dia.. |
|
Amboi..sempat lagi ye En. Zainal |
|
Warga kerja Ekspedisi Berbasikal 2014 |