Saturday 17 August 2013

LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK (BAHAGIAN 2)

Selepas mendapat SATU daripada Lencana Wajib ( Ahli Renang ata Ahli Penunggang Basikal), PKK harus memilih dan menjalankan DUA daripada ENAM Lencana Kegemaran yang ditawarkan. Lencana Kegemaran adalah:

Ahli Koleksi Hobi
Memungut, dan mengumpul benda-benda sebagai hobi dan menyimpan dengna kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya.

Contoh hobi yang boleh dijalankan (cadangan):
  1. Mengumpul Setem
  2. Mengambil gambar berbagai tumbuhan, bunga, haiwan, sejarah, sukan, pembangunan, buah-buahan dan lain-lain.
  3. Mengumpul sampul surat keluaran khas
  4. Mengumpul pelbagai daun dan bunga yang sudah dikeringkan
  5. Mengumpul pelbagai jenis batu batan
  6. Mengumpul pelbagai bentuk botol dan penutup botol
  7. Menyimpan pelbagai mata wang asing samada kertas atau syiling
  8. Mengumpul kotak mancis pelbagai logo
  9. Mengumpul rantai kunci (keychain)
  10. Mengumpul lencana-lencana Pengakap seperti lencana jambori, korobori dan sebagainya

Ahli Kraftangan

Contoh aktiviti kraftangan yang boleh dijalankan (cadangan):
  1.  Membuat asas anyaman tradisional
  2. Membuat Wogel daripada pelbagai bahan (ukiran kayu, ruas buluh, tali dan yang bersesuaian)
  3. Membuat penanda buku (seperti daripada kulit terbuang atau daun)
  4. Membuat perkakas yang berguna daripada rotan, buluh, tempurung dan lain-lain
  5. Membuat origami
  6. Membuat topeng (topeng watak-watak cerita hutan)

Peladang Kecil
  1. Menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas
  2. Menyediakan  batas untuk sayuran dan membaja semasa penyediaan batas
  3. Menjaga tanaman sayuran / keratan batang / raizom di batas dan membaja
  4. Membuat junjung bagi pokok sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang
  5. Menjaga pokok buah-buahan dan mengetahui serba sedikit tentang baja dan racun
  6. Menanam pokok-pokok ubi seperti keledek
  7. Memelihara 10 ekor anak ayam
  8. Mendengar ceramah daripada pegawai pertanian berkenaan isu-isu pertanian.
Pelukis
  1. Melukis dengan apa-apa bahan lukis SATU watak dari buku "Cerita Hutan" karangan Rudyard Kipling.
  2. Melukis pelangi dan menamakan warnanya.
  3. Mengetahui warna Perdana, warna Sekunder dan Roda Warna.
  4. Mengadun untuk mendapatkan pelbagai warna.
  5. Melukis satu gambaran peristiwa atau satu watak dalam sebuah cerpen yang dibacakan pemimpin.
  6. Membuat kad ucap selamat untuk salah satu perayaan di Malaysia.
  7. Membuat kolaj.

Pembaca Buku
  1. Menyedia daftar lapan buah buku yang dibaca.
  2. Boleh membaca menepati tanda baca dan tekanan suara yang betul.
  3. Membuat kritikan atas isi petikan yang dibaca dan membuat telahan.
  4. Menterjemah petikan penting dan meringkaskannya.
  5. Menghurai petikan, peribahasa dan kata-kata.
  6. Membuat penilaian bertulis mengenai buku sastera kanak-kanak.
  7. Boleh menggunakan kamus dan ensaiklopedia.
  8. Menjadi perpustakawan sekolah/tempatan.

Penghibur
  1. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik dari enam jenis muzik (Lagu Asli/Lagu Patriotik/Lagu Asli/Lagu Tradisi Masyarakat/Lagu Tarian Asli atau Joget Malaysia/Lagu Pengakap/Lagu Kanak-kanak)
  2. Boleh menyanyi dua buah lagu dengan iringan muzik, sebuah lagu Patriotik dan satu lagi lagu Pengakap.
  3. Mengajar dua buah lagu dan dua buah tarian untuk Malam Pengakap Kanak-kanak.
  4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional.
  5. Tahu menggunakan alat perakam.
  6. Boleh memainkan dua jenis alat muzik