Sunday 8 September 2013

AKTIVITI LENCANA KEGEMARAN - AHLI KOLEKSI HOBI (Bahagian 1)


KUMPULAN PERTAMA : MENGUMPUL GAMBAR HAIWAN

Bagi ahli WC48 tahun 6, mereka bersama-sama dengan ahli Pandu Puteri Tunas SK Sri Pulai Perdana telah mengadakan lawatan ke ZOO JOHOR. bagi mendapatkan bahan untuk folio mereka. Ahli PKK perlu mendapatkan gambar dan mencatat beberapa maklumat penting  seperti taburan, perilaku dan diet haiwan-haiwan tersebut.


ZOO JOHOR.

PENGENALAN

ZOO JOHOR dengan keluasan 12.5 hektar terletak satu kilometer sahaja dari Pusat Bandar Johor Bahru. Ianya terletak dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. Degan kedudukan yang nyaman daripada tiupan angin Selat Tebrau, dan bersebelahan masjid bersejarah (Masjid Sultan Abu Bakar). Zoo Johor merupakan satu-satunya zoo di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri di Malaysia.

SEJARAH

1928
Zoo Johor ditubuhkan oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar. Dinamakan sebagai ' Kebun Binatang ' kerana rasa sayang Baginda terhadap haiwan. Dipercayai ia adalah zoo yang pertama di Asia ketika itu dan dibawah pentadbiran Istana Sultan Johor.

1 April 1962
Kerajaan Negeri Johor telah mengambil alih pengurusan Zoo Johor sepenuhnya di bawah pentadbiran Pejabat Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Johor yang terletak di Aras 1, Parcel C3S, Kota Iskandar, Nusajaya Johor hingga sekarang.

Nama Kebun Binatang pula telah ditukar kepada Zoo Negeri Johor yang kini lebih selesa  dipanggil ZOO JOHOR sahaja.

Antara Ahli Pengakap 48 di ZOO JOHOR:

Teruja..
Taklimat Daripada Pemimpin Kumpulan

Peace No War
Memburu tandatangan dan mendapatkan maklumat
Mendapatkan maklumat haiwan

Burung pun pandai bergaya..






Kayuh laju-laju
Menyaksikan persembahan burung
Bintang Zoo Johor: Tom & Jerry


Peserta Ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi (Pengakap) dan Lencana Pemerhati (Pandu Puteri Tunas)


Sebahagian kandungan buku log Ujian Lencana Koleksi Hobi: