Thursday 27 June 2013

AKTIVITI LENCANA WAJIB - AHLI PENUNGGANG BASIKAL

Lencana Ahli Penunggang Basikal merupakan salah satu pilihan dalam Lencana Wajib selain daripada lencana Ahli Renang. Bagi mendapatkan lencana ini, ahli Pengakap perlu mengetahui undang-undang jalan raya dan peraturan berbasikal seperti isyarat tangan semasa berbasikal, perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan, penjagaan basikal dan isyarat jalan raya.

Ahli WOLFCUBS48 (WC48) telah menjalani ujian ini di sekitar Jalan Pontian Lama. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini terutamanya Pasukan Polis Di-Raja Malaysia, Pulai Spring Resort dan Nursery Herba Pak Ali.

Penerangan tentang undang-undang jalan raya dan 
peraturan berbasikal oleh pihak Polis

'Warming up' bagi mengelakkan kecederaan

menuju ke Pusat Sukan Pulai Spring Resort

Taklimat ringkas daripada pihak pengurusan resort

Mengenali alat-alat yang diperlukan oleh pemain golf

Melihat aksi pemain golf di padang

Penerangan berkenaan alat pengesan kilat

Melawat zoo mini

Bersedia meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya
 Pasukan Polis Di-Raja Malaysia yang efisyen

Ahli PKK perlu sentiasa peka dengan arahan daripada pihak Polis

Penerangan berkenaan ilmu hutan oleh pemilik Nursery Herba Pak Ali

Herba-herba hutan yang dikeringkan dan baik untuk kesihatan

Lawatan ke kebun herba Pak Ali...Sungguh menakjubkan

Merasai sendiri herba segar yang menyihatkan

Pengalaman baru

Melawat hutan pendidikan
Tanda penghargaan kepada Pak Ali di atas ilmu yang tak terbanding nilainya
Upacara penyerahan sijil dan lencana Ahli Penunggang Basikal 
kepada peserta yang berjaya

Tahniah !!!