Monday 23 December 2013

SELAMAT HARI NATAL

Pasukan Pengakap Kumpulan 48 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada ahlinya dan semua ahli Pengakap di seluruh dunia yang merayakan perayaan ini.


Sunday 24 November 2013

JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013

Pada 16-21 November 2013, telah diadakan Johor International Jamboree ( JIJ ) 2013 bertempat di Hutan Bandar, Bandar Putra. Pasukan WC48 telah menghantar seramai 9 orang wakil yang tediri daripada pelajar tahun 5 dan 6. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan melalui jambori ni, peserta dapat melihat dan berkenalan dengan pengakap-pengakap lain di dalam dan luar negara Malaysia.

SUKA DUKA DI JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013

4 Pemimpin PKK sedang memberi taklimat berkenaan aktiviti
Majlis Perasmian JIJ (i)
Majlis Perasmian JIJ (ii)
Majlis Perasmian JIJ (iii)
Pramuka Indonesia
Pengakap dari Ghana 
Berkenalan dengan rakan baru (i)
Berkenalan dengan rakan baru (ii)
Aktiviti air
Pameran Pengakap Laut
Belajar kod 'Morse'
Pemimpin WC48 menerima laporan dalam istiadat pagi kontinjen Kulaijaya
Ahli WC48 bersama Pramuka Indonesia
Malam kebudayaan kontinjen Kulaijaya
Aktviti memanah (i)
Aktviti memanah (ii)
Tiup jangan tak tiup
Menyanyi 'Mowgli pergi berburu'
Malam kebudayaan antarabangsa
Wakil Kulaijaya berjaya ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan 'Paintball'
Mencabar diri dalam aktiviti 'Wall climbing''
Persembahan oleh penghibur jalanan
Pemimpin WC48 bersama Pemimpin 129 ScoutJB
Sementara menunggu giliran, kita main dulu!!
Persembahan ketika jamuan makan Kontinjen Kulaijaya

Monday 28 October 2013

JOHOR COROBOREE 2013

Pada 25-27 Oktober 2013 telah diadakan JOHOR COROBOREE 2013 bertempat di Hutan Bandar, Bandar Putra Kulaijaya. Seramai 326 peserta telah menyertai perkhemahan ini. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan antaranya tayangan video filem '5 Elang', berbasikal, berakit, blowpipe (menyumpit), skywalking, dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang mewakili daerah Kulaijaya kerana berjaya memenangi pertandingan masakan rimba (tempat ketiga) dan pertandingan malam kebudayaan (naib johan). Tahniah juga diucapkan kepada wakil pertandingan kawad kaki kerana telah memberikan persembahan yang sungguh hebat walaupun berlatih dalam masa yang singkat.

Kenangan di JOHOR COROBOREE 2013..

Tayangan filem '5 Elang'
Senaman pagi
Laung Agong
Ceramah dan penerangan tentang 'Touring Bicycle'
Taklimat keselamatan sebelum berakit
Berdebar menanti pengalaman baru
Berusaha keras untuk ke seberang
Laju-laju basikal ku laju
Sebahagian kontinjen daerah Kulaijaya
Tiup jangan tak tiup
Kem kom...mcm ada bakat la..
Mencabar keberanian diri sendiri
Perkahwinan melayu...persembahan malam kebudayaan dar Kulaijaya
Pengantin perempuan menanti 'bakal suami'
Kahwin pun kena bayar 'toll'
Mak andam pun nak minta 'toll' juga
Sembah silat untuk pengantin
Pertandingan masakan rimba
Wakil pertandingan kawad Kulaijaya...mantap !
Penganugerahan Rambu PKK oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri
Tahniah..Naib johan malam kebudayaan

Wednesday 23 October 2013

Johor Coroboree 2013

 Pengakap Kumpulan 48 Kulaijaya akan menghantar peserta ke Johor Coroboree 2013 seperti ketetapan berikut:


Tarikh: 25-27 Okt 2013
Tempat: Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulaijaya

Marilah bersama memeriahkannya !

Sunday 20 October 2013

JOTA JOTI 2013

Pada 19-20 Oktober 2013 telah diadakan Jamboree On The Air (JOTA) dan On The Internet (JOTI). Aktiviti ini melibatkan pengakap-pengakap di seluruh pelusuk dunia dimana mereka 'berkumpul' di udara menggunakan gelombang radio. Sesuatu yang unik, pengakap tidak perlu keluar negara untuk menyertai JOTA.

JOTA ialah satu program di mana Pengakap berhubungan antara satu sama lain menggunakan Radio Amatur. Wolfcubs28 (WC48) telah menghantar wakilnya untuk menyertai program ini bertempat Hutan Bandar Putra Kulaijaya (9M4CJB). Terima kasih diucapkan kepada Mr. Jayakanthan M. Lachmanan (Station Master) dan semua operator yang memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu yang tidak ternilai harganya.



Peta JOTA 2013
Penerangan tentang buku log 'handler'
Alatan untuk berkomunikasi (i)
Alatan untuk berkomunikasi (ii)
Alatan untuk berkomunikasi (iii)
Alatan untuk berkomunikasi (iv)
Peta QTH
Ahli WC48 sedang 'on air'
Encik Zaki yang sentiasa memberi bimbingan
Mr Kumar sedang berkomunikasi dengan pengakap dari negara lain
Dato Dr Mohd Zain sedang berkomunikasi dengan Tuan Haji Yaacob Bin Abdul Karim
Dato Dr Mohd Zain menyerahkan lencana JOTA kepada peserta
Lencana JOTA JOTI
Lencana "Radio Scouting"