Thursday 27 June 2013

AKTIVITI LENCANA WAJIB - AHLI PENUNGGANG BASIKAL

Lencana Ahli Penunggang Basikal merupakan salah satu pilihan dalam Lencana Wajib selain daripada lencana Ahli Renang. Bagi mendapatkan lencana ini, ahli Pengakap perlu mengetahui undang-undang jalan raya dan peraturan berbasikal seperti isyarat tangan semasa berbasikal, perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan, penjagaan basikal dan isyarat jalan raya.

Ahli WOLFCUBS48 (WC48) telah menjalani ujian ini di sekitar Jalan Pontian Lama. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini terutamanya Pasukan Polis Di-Raja Malaysia, Pulai Spring Resort dan Nursery Herba Pak Ali.

Penerangan tentang undang-undang jalan raya dan 
peraturan berbasikal oleh pihak Polis

'Warming up' bagi mengelakkan kecederaan

menuju ke Pusat Sukan Pulai Spring Resort

Taklimat ringkas daripada pihak pengurusan resort

Mengenali alat-alat yang diperlukan oleh pemain golf

Melihat aksi pemain golf di padang

Penerangan berkenaan alat pengesan kilat

Melawat zoo mini

Bersedia meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya
 Pasukan Polis Di-Raja Malaysia yang efisyen

Ahli PKK perlu sentiasa peka dengan arahan daripada pihak Polis

Penerangan berkenaan ilmu hutan oleh pemilik Nursery Herba Pak Ali

Herba-herba hutan yang dikeringkan dan baik untuk kesihatan

Lawatan ke kebun herba Pak Ali...Sungguh menakjubkan

Merasai sendiri herba segar yang menyihatkan

Pengalaman baru

Melawat hutan pendidikan
Tanda penghargaan kepada Pak Ali di atas ilmu yang tak terbanding nilainya
Upacara penyerahan sijil dan lencana Ahli Penunggang Basikal 
kepada peserta yang berjaya

Tahniah !!!

Monday 24 June 2013

LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK (Bahagian 1)

Bagi Pengakap Kanak-Kanak (PKK), anugerah tertinggi yang boleh diperolehi adalah Rambu Pengakap Kanak-Kanak (warna biru tua). Sebelum PKK layak memakai Rambu, mereka perlulah mengikuti latihan dan mendapatkan lencana yang terkandung di dalam Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak.


Lencana Keahlian 

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut:

1. Makna lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Sedunia.
2. Persetiaan Pengakap dan undang-undang Pengakap.
3. Lima prinsip Rukunegara.
4. Hormat Pengakap dan cogankata Pengakap
5. Sejarah pergerakan Pengakap.
6. Cerita hutan.
7. Laung Agung.

Setelah lulus semua perkara, barulah seorang Ahli Pengakap itu layak memakai Lencana Keahlian

Lencana Keahlian
Lencana Wajib
Setelah dilantik, PKK perlu menjalani latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Wajib (pilih salah satu)

Ahli Renang



Penunggang Basikal

Friday 14 June 2013

JAMBORI JUTAAN BELIA 2012


Walaupun baru ditubuhkan, Persatuan Pengakap 48 Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana telah menghantar wakil untuk menyertai Jambori Pengakap. Sebagai permulaan, pasukan ini telah menyertai Jambori Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya. Penglibatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli pengakap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat ketika jambori. Diharapkan daripada pengalaman yang ditimba, akan menimbulkan minat kepada ahli yang lain untuk menyertai aktiviti-aktiviti berpengakap samada di peringkat kumpulan, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

sedang menjalankan Jamboree on the Air (JOTA)

berkenalan dengan rakan baru dari pelbagai peringkat


mempelajari sejarah MALAYSIA di Monumen Alaf Baru
mendalami ilmu berpengakap bersama pemimpin

merasai pengalaman berada di dalam konti radio dan ke udara secara langsung
menjamah menu-menu yang terdapat di MALAYSIA

bergelak ketawa dengan persembahan badut dan silap mata
melihat dengan lebih dekat demontrasi membuat tembikar oleh pakar

menyaksikan kehebatan kenderaan pacuan empat roda

mendengar penerangan berkaitan perlaksanaan hukuman sebat daripada pegawai penjara

pengalaman menaiki kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia

kenangan bersama Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin

 
 'bakal' skuad bom Angkatan Tentera Malaysia


tembak jangan tak tembak

penerangan tentang peralatan Angkatan Tentera Laut MALAYSIA
pemimpin pun teringin juga

sebahagian daripada kontingen KULAIJAYA

Pengakap Kanak-Kanak


Pengakap Kanak-Kanak adalah ahli pergerakan Pengakap di seluruh dunia, dan disertai terutamanya kanak-kanak lelaki yang berumur kira-kira 7 hingga 11. Di sesetengah negara mereka dikenali dengan nama asal mereka iaitu ‘Wolf Cubs tetapi sering dirujuk dengan panggilan yang lebih mudah iaitu sebagai ‘Cubs’ sahaja.  
  
Asalnya, seperti Budak Pengakap, Pengakap Kanak-Kanak terbuka hanya untuk kanak-kanak lelaki sahaja kerana kanak-kanak perempuan dijangka akan menyertai ‘Brownies’ (Pandu Puteri). Tetapi sejak kira-kira tahun 1990, ‘Cubs’ telah dibuka kepada ke
dua-dua lelaki dan perempuan di beberapa negara, tetapi di Amerika Syarikat, ia masih eksklusif untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Sesetengah negara juga mempunyai versi Pengakap Laut Kanak-Kanak.


Pengakap Kanak-Kanak (PEK) dari MALAYSIA



 Pengakap Kanak-Kanak  dari JEPUN


Pengakap Kanak-Kanak  dari INDONESIA



Dalam Persatuan Pengakap, Pengakap Kanak-Kanak akan dibahagi kepada kumpulan berenam atau lebih dikenali sebagai 6 Sekawan. 6 sekawan dipimpin oleh 'Ketua Patrol' dan mempunyai 'Penolong Ketua Patrol' sebagai pembantu. Ketua patrol memakai lencana dua jalur  di seragam (dada sebelah kiri di atas poket) manakala Penolong Ketua Patrol memakai lencana satu jalur. Ahli-ahli kumpulan 6 sekawan ini dibezakan dengan kumpulan yang lain melalui warna lencana yang ditampal di lengan sebelah kiri.
Manakala bagi Ketua Pasukan Pengakap Kanak-Kanak pula akan memakai lencana tiga jalur di seragam mereka.