Wednesday 25 September 2013

Semboyan Semaphore

Semboyan Semaphore memberi isyarat antara satu sama lain dengan menggunakan tangan dari sudut yang berlainan. Bendera Semaphore adalah sistem telegraf yang menyampaikan maklumat pada jarak tertentu melalui isyarat visual dengan bendera tangan, rod, cakera padat, pendayung, atau kadang-kala dengan tangan kosong atau bersarung tangan getah. Maklumat dikodkan berdasarkan kedudukan bendera, dan dibaca apabila bendera berada dalam kedudukan yang tetap. Semaphores telah diterima pakai dan digunakan secara meluas (dengan bendera tangan menggantikan tangan mekanikal semaphores shutter) di dunia maritim pada abad ke-19. Ia masih digunakan semasa untuk aktiviti di laut dan boleh diterima untuk komunikasi kecemasan di siang hari atau, menggunakan tongkat menyala pada waktu malam.



Friday 20 September 2013

Biodata Pengasas Pengakap Dunia


Nama Lengkap : Robert Stephenson Smyth Baden Powel

Nama Panggilan : Baden Powell atau BP (bee-pee/bipi).

Tempat / Tarikh Lahir : London / 22 Februari 1857.

Gelaran : Of Gillwell

Tempat / Tarikh Kematian : Nyeri, Kenya / 8 Januari 1941.

Nama Ayah : Prof. Domine Baden Powell.

Nama Ibu : Miss Henrietta Grace Smyth.

Nama Isteri : Olave St.Clair Soames ( Lady Baden Powell ).

Nama Anak : Peter, Heather dan Betty.

Buku – Buku / Karya BP : Scouting For Boys, Aids To Scouting, Rovering to Success dsb.

Penghargaan :
  • Bintang Ashanti (1895),
  • Matabele Campaign, British South Africa Company Medal (1896),
  • Queen's South Africa Medal (1899),
  • King's South Africa Medal ( 1902),
  • Boy Scouts Silver Wolf
  • Boy Scouts Silver Buffalo Award (1926),
  • World Scout Committee Bronze Wolf (1935),
  • Order of Merit (1937),
  • Wateler Peace Prize (1937),
  • Order of St Michael and St George,
  • Royal Victorian Order,
  • Order of the Bath
Tandatangan:

Sunday 8 September 2013

Ujian Keris Gangsa & Ujian Keris Perak

Persatuan Pengakap 48 akan mengadakan pekhemahan ujian lencana bagi ahlinya mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 4 dan 5 Oktober 2013
Tempat: SK Sri Pulai Perdana
Ujian:

Lencana Kegemaran - Penghibur
Lencana Keris Gangsa
Lencana Pengetahuan - Ahli Sains
Lencana Pengetahuan -Pengembara
Lencana Keris Perak

AKTIVITI LENCANA KEGEMARAN - AHLI KOLEKSI HOBI (Bahagian 2)

KUMPULAN KEDUA : FILATELI

Bagi ahli WC48 tahun 4 dan 5, mereka menjalankan aktiviti Filateli (mengumpul setem) selama 3 bulan bagi mendapatkan Lencana PKK- Ahli Koleksi Hobi. Ahli Pengakap mengumpul setem dalam dan luar negara dan disimpan samada di dalam album, plastik, atau ditampal di dalam buku.

Apakah itu Filateli? 
( sumber: www.pos.com.my )

Filateli boleh ditafsirkan sebagai mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem-setem bayaran pos, laluan-laluan pos, surat-surat, sampul-sampul dan sebagainya. Koleksi ini, sama ada setem, sampul dan sebagainya lazimnya, didokumenkan untuk tujuan mengesan acara-acara utama yang bersejarah dan acara-acara lain.

Tidak dapat dibuktikan bila filateli mula-mula dijadikan sebagai satu hobi kerana tidak ada sebarang dokumen untuk mengesahkannya. Namun, apa yang pasti ialah filateli hanya bermula setelah setem-setem bayaran pos diperkenalkan pada 1840.

Pengenalan Album setem yang diperkenalkan telah memudahkan koleksi setem. Album pertama dihasilkan di England pada 1852. Apabila lebih banyak setem-setem bayaran pos didapati, maka hobi mengumpul setem menjadi agak biasa. Bertambah ramai orang menaruh minat dalam hobi mengumpul setem dan filateli kemudiannya mula berkembang. Ramai pengumpul-pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar dan tertua di dunia adalah dimiliki oleh Ratu England. DYTM Raja Muda Selangor juga ada memiliki koleksi setem yang baik.

Perkataan "filateli" dikatakan telah dicipta di Perancis oleh Georges Herpin pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Yunani: "philos" bermakna mengasihi dan "llateleiall" bermaksud bebas daripada pembayaran. Pada asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label-label, melambangkan pembayaran untuk perkhidmatan pos. Daripada sini, ia diperluaskan untuk merangkumi kajian mengumpul setem bayaran pos secara sistematik, poskad, sampul surat pos, tanda pos dan bahan-bahan pos yang lain.

Antara koleksi setem ahli Pengakap 48:











 

AKTIVITI LENCANA KEGEMARAN - AHLI KOLEKSI HOBI (Bahagian 1)


KUMPULAN PERTAMA : MENGUMPUL GAMBAR HAIWAN

Bagi ahli WC48 tahun 6, mereka bersama-sama dengan ahli Pandu Puteri Tunas SK Sri Pulai Perdana telah mengadakan lawatan ke ZOO JOHOR. bagi mendapatkan bahan untuk folio mereka. Ahli PKK perlu mendapatkan gambar dan mencatat beberapa maklumat penting  seperti taburan, perilaku dan diet haiwan-haiwan tersebut.


ZOO JOHOR.

PENGENALAN

ZOO JOHOR dengan keluasan 12.5 hektar terletak satu kilometer sahaja dari Pusat Bandar Johor Bahru. Ianya terletak dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. Degan kedudukan yang nyaman daripada tiupan angin Selat Tebrau, dan bersebelahan masjid bersejarah (Masjid Sultan Abu Bakar). Zoo Johor merupakan satu-satunya zoo di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri di Malaysia.

SEJARAH

1928
Zoo Johor ditubuhkan oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar. Dinamakan sebagai ' Kebun Binatang ' kerana rasa sayang Baginda terhadap haiwan. Dipercayai ia adalah zoo yang pertama di Asia ketika itu dan dibawah pentadbiran Istana Sultan Johor.

1 April 1962
Kerajaan Negeri Johor telah mengambil alih pengurusan Zoo Johor sepenuhnya di bawah pentadbiran Pejabat Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Johor yang terletak di Aras 1, Parcel C3S, Kota Iskandar, Nusajaya Johor hingga sekarang.

Nama Kebun Binatang pula telah ditukar kepada Zoo Negeri Johor yang kini lebih selesa  dipanggil ZOO JOHOR sahaja.

Antara Ahli Pengakap 48 di ZOO JOHOR:

Teruja..
Taklimat Daripada Pemimpin Kumpulan

Peace No War
Memburu tandatangan dan mendapatkan maklumat
Mendapatkan maklumat haiwan

Burung pun pandai bergaya..






Kayuh laju-laju
Menyaksikan persembahan burung
Bintang Zoo Johor: Tom & Jerry


Peserta Ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi (Pengakap) dan Lencana Pemerhati (Pandu Puteri Tunas)


Sebahagian kandungan buku log Ujian Lencana Koleksi Hobi: