Sunday 23 February 2014

Majlis Pelancaran Logo dan Blog Rasmi Wolfcubs48 serta Istiadat Pengakap

Pada 23 Febuari 2014, Pasukan Pengakap 48 SK Sri Pulai Perdana telah mengadakan 'Majlis Pelancaran Logo dan Blog Rasmi Wolfcubs48 serta Istiadat Pengakap'. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Jaafar Bin Warmat, Guru Besar SK Sri Pulai Perdana yang turut menyampaikan lencana dan sijil 'Penunggang Basikal' kepada semua peserta Ekspedidi Berbasikal 2014.

Pada majlis ini juga telah disampaikan epolet dan tanda bahu kepada Guru Penolong Kanan dan ibu bapa yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kumpulan. Semoga dengan perlantikan ini akan mengukuhkan lagi kecemerlangan Pasukan Pengakap 48 Kulaijaya ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Pengacara Majlis
Ucapan perasmian oleh tuan guru besar
Gimik perasmian

Sorakan dan tepukan daipada ahli WC48
Penyampaian sijil dan lencana Penunggang Basikal
Perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kumpulan
Perlantikan Pn. Siti Zaleha Binti Mohmi
Terima kasih atas sokongan Tuan Guru Besar

Kita 'Buat Habis Baik'

Friday 21 February 2014

Ekspedisi Berbasikal 2014 (bagi mendapatkan lencana wajib-Penunggang Basikal)

Pada 16 Febuari 2014, WC48 telah mengadakan Ekspedisi Berbasikal bagi ahlinya seramai 72 orang yang berusia 9 dan 10 tahun. Ekspedisi ini dijalankan bagi melayakkan ahli Pengakap ini menerima lencana wajib penunggang basikal bagi Pengakap kanak-kanak. Ekspedisi ini bermula jam 12.30 tengahari dari SK Sri Pulai Perdana menuju Pusat Ekuin UTM sejauh 20km pergi dan balik. Tahniah diucapka kepada semua peserta yang berjaya mengharungi panas dan hujan, bukit dan bukau sepanjang ekspedisi ini berlangsung. Peserta sampai semula ke SK Sri Pulai Perdana kira-kira jam 6.15 petang. Pihak pengurusan WC48 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Pihak Polis Diraja Malaysia dan Unit Trafik UTM yang sudi mengiringi ekspedisi ini dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada warga SK Sri Pulai Perdana terutamanya ibu bapa peserta yang sudi menghulurkan bantuan sebelum, semasa dan selepas ekspedisi ini berlangsung. SALAM PENGAKAP !!!

Taklimat keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia sambil diperhati tuan guru besar
Penerangan tentang topeng muka oleh wakil Kelana "A" Kulaijaya
Pemeriksaan basikal
Ibu bapa yang memberi semangat kepada ahli WC48
Pelepasan oleh En. Jaafar Bin Warmat, GB SKSPP
Fokus tu...
Ahli wanita juga turut serta dalam ekspedisi ini


Penat? Ambil gambar dulu...

Pihak JPAM memberi rawatan kecemasan bila diperlukan
Peserta sentiasa diingatkan tentang keselamatan

Ceramah yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Pusat Ekuin
Walaupun penat tapi masih mampu tersenyum  :)
Menimba ilmu berkaitan kuda
Penerangan tentang makanan dan kesihatan kuda
Melawat kandang kuda

Memberanikan diri menyentuh kuda

Gosok jangan tak gosok


Menyaksikan "persembahan" kuda
Macam tau je nak ambil gambar dia..

Amboi..sempat lagi ye En. Zainal
Warga kerja Ekspedisi Berbasikal 2014

Wednesday 5 February 2014

Cubs, be ready for 'Ekspedisi Berbasikal 2014 ( Lencana Wajib - Penunggang Basikal)' !!!


Tarikh: 16 Febuari 2014
Destinasi: Pusat Ekuin Universiti Teknologi Malaysia