Friday 14 June 2013

Pengakap Kanak-Kanak


Pengakap Kanak-Kanak adalah ahli pergerakan Pengakap di seluruh dunia, dan disertai terutamanya kanak-kanak lelaki yang berumur kira-kira 7 hingga 11. Di sesetengah negara mereka dikenali dengan nama asal mereka iaitu ‘Wolf Cubs tetapi sering dirujuk dengan panggilan yang lebih mudah iaitu sebagai ‘Cubs’ sahaja.  
  
Asalnya, seperti Budak Pengakap, Pengakap Kanak-Kanak terbuka hanya untuk kanak-kanak lelaki sahaja kerana kanak-kanak perempuan dijangka akan menyertai ‘Brownies’ (Pandu Puteri). Tetapi sejak kira-kira tahun 1990, ‘Cubs’ telah dibuka kepada ke
dua-dua lelaki dan perempuan di beberapa negara, tetapi di Amerika Syarikat, ia masih eksklusif untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Sesetengah negara juga mempunyai versi Pengakap Laut Kanak-Kanak.


Pengakap Kanak-Kanak (PEK) dari MALAYSIA



 Pengakap Kanak-Kanak  dari JEPUN


Pengakap Kanak-Kanak  dari INDONESIA



Dalam Persatuan Pengakap, Pengakap Kanak-Kanak akan dibahagi kepada kumpulan berenam atau lebih dikenali sebagai 6 Sekawan. 6 sekawan dipimpin oleh 'Ketua Patrol' dan mempunyai 'Penolong Ketua Patrol' sebagai pembantu. Ketua patrol memakai lencana dua jalur  di seragam (dada sebelah kiri di atas poket) manakala Penolong Ketua Patrol memakai lencana satu jalur. Ahli-ahli kumpulan 6 sekawan ini dibezakan dengan kumpulan yang lain melalui warna lencana yang ditampal di lengan sebelah kiri.
Manakala bagi Ketua Pasukan Pengakap Kanak-Kanak pula akan memakai lencana tiga jalur di seragam mereka.