Monday 28 October 2013

JOHOR COROBOREE 2013

Pada 25-27 Oktober 2013 telah diadakan JOHOR COROBOREE 2013 bertempat di Hutan Bandar, Bandar Putra Kulaijaya. Seramai 326 peserta telah menyertai perkhemahan ini. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan antaranya tayangan video filem '5 Elang', berbasikal, berakit, blowpipe (menyumpit), skywalking, dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang mewakili daerah Kulaijaya kerana berjaya memenangi pertandingan masakan rimba (tempat ketiga) dan pertandingan malam kebudayaan (naib johan). Tahniah juga diucapkan kepada wakil pertandingan kawad kaki kerana telah memberikan persembahan yang sungguh hebat walaupun berlatih dalam masa yang singkat.

Kenangan di JOHOR COROBOREE 2013..

Tayangan filem '5 Elang'
Senaman pagi
Laung Agong
Ceramah dan penerangan tentang 'Touring Bicycle'
Taklimat keselamatan sebelum berakit
Berdebar menanti pengalaman baru
Berusaha keras untuk ke seberang
Laju-laju basikal ku laju
Sebahagian kontinjen daerah Kulaijaya
Tiup jangan tak tiup
Kem kom...mcm ada bakat la..
Mencabar keberanian diri sendiri
Perkahwinan melayu...persembahan malam kebudayaan dar Kulaijaya
Pengantin perempuan menanti 'bakal suami'
Kahwin pun kena bayar 'toll'
Mak andam pun nak minta 'toll' juga
Sembah silat untuk pengantin
Pertandingan masakan rimba
Wakil pertandingan kawad Kulaijaya...mantap !
Penganugerahan Rambu PKK oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri
Tahniah..Naib johan malam kebudayaan