Sunday 20 October 2013

JOTA JOTI 2013

Pada 19-20 Oktober 2013 telah diadakan Jamboree On The Air (JOTA) dan On The Internet (JOTI). Aktiviti ini melibatkan pengakap-pengakap di seluruh pelusuk dunia dimana mereka 'berkumpul' di udara menggunakan gelombang radio. Sesuatu yang unik, pengakap tidak perlu keluar negara untuk menyertai JOTA.

JOTA ialah satu program di mana Pengakap berhubungan antara satu sama lain menggunakan Radio Amatur. Wolfcubs28 (WC48) telah menghantar wakilnya untuk menyertai program ini bertempat Hutan Bandar Putra Kulaijaya (9M4CJB). Terima kasih diucapkan kepada Mr. Jayakanthan M. Lachmanan (Station Master) dan semua operator yang memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu yang tidak ternilai harganya.



Peta JOTA 2013
Penerangan tentang buku log 'handler'
Alatan untuk berkomunikasi (i)
Alatan untuk berkomunikasi (ii)
Alatan untuk berkomunikasi (iii)
Alatan untuk berkomunikasi (iv)
Peta QTH
Ahli WC48 sedang 'on air'
Encik Zaki yang sentiasa memberi bimbingan
Mr Kumar sedang berkomunikasi dengan pengakap dari negara lain
Dato Dr Mohd Zain sedang berkomunikasi dengan Tuan Haji Yaacob Bin Abdul Karim
Dato Dr Mohd Zain menyerahkan lencana JOTA kepada peserta
Lencana JOTA JOTI
Lencana "Radio Scouting"