Tuesday 8 October 2013

Perkhemahan Lencana Keris Gangsa dan Lencana Keris Perak 2013

Pada 4-5 Oktober 2013, seramai 44 orang ahli Pengakap kumpulan 48 telah menjalani perkhemahan bagi mendapatkan Lencana kegemaran serta Lencana Keris gangsa (bagi tahun 4 dan 5) dan lencana pengetahuan serta Lencana Keris Perak (bagi murid tahun 6).

Walaupun terpaksa menempuh hujan dan panas, namun halangan ini dapat ditempuh dengan jayanya berkat keazaman yang tinggi ahli Wolfcubs48 (WC48). Diharapkan aktiviti ini akan menjadi titik tolak kearah kecintaan terhadap Pengakap dan diharapkan kecintaan ini akan terus berkembang dan menjadikan ahli-ahli WC48 ini seorang Pengakap yang sejati.

Pihak pengurusan WC48 juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Pengakap Alumni 01 Kluang yang sudi menghulurkan bantuan dan berkongsi ilmu bersama ahli-ahli WC48.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini.

Jasamu dikenang!

Sorotan Peristiwa

Sesi pendaftaran



Taklimat perkhemahan oleh Pemimpin WC48
Slot Ikatan dan Simpulan (i)
Slot Ikatan dan Simpulan (ii)
Slot Ikatan dan Simpulan (iii)
Pembahagian patrol dan penyerahan bendera patrol
Mendirikan khemah (i)
Mendirikan khemah (ii)
Mendirikan khemah (iii)
Taklimat daripada ketua chef sebelum mula memasak
' Junior Masterchef ' versi Pengakap
Mencuba resepi rahsia..
Walau hati tak sabar nak makan, doa dulu..
Merasa 'air tangan' sendiri
Belajar berkongsi dan bertolak ansur
Merapatkan ukhwah antara ahli WC48
Aksi Malam Kebudayaan (i)
Aksi Malam Kebudayaan (ii)
Aksi Malam Kebudayaan (iii)
Aksi Malam Kebudayaan (iv)
Aksi Malam Kebudayaan (v)
Kawad Pagi (i)
Kawad Pagi (ii)
Istiadat pagi tetap dilaksanakan walaupun dalam hujan
Mempebaharui Persetiaan Pengakap
Pemeriksaan sebelum memulakan kembara
Posing dulu..
Kembara 5.2km ke Surau Raudatul Jannah (i)
Kembara 5.2km ke Surau Raudatul Jannah (ii)
Kembara 5.2km ke Surau Raudatul Jannah (iii)
Gunakan jejantas untuk melintas jalan
Kembara 5.2km ke Surau Raudatul Jannah (iv)
berehat sebentar
Ucapan GPK Koko Tn Hj Ladi setelah sampai di destinasi
Taklimat dan pembahagian kerja
Khidmat masyarakat (i)
Khidmat masyarakat (ii)
Khidmat masyarakat (iii)
Khidmat masyarakat (iv)
GPK Koko pun turun padang juga
Khidmat masyarakat (v)